berkemudi di sini terasa tidak keruan keadaan tidak ketentuan tak sempat releks barang sebentar untuk bersandar di kerusi kayu di tebing-tebing sungainya
di kakilima orang terburu-buru mengenyah sang merpati mengunyah sambil separuh berlari melarut bual basa-basi yang tak perlu lagi
berkemudi di sini terasa keasingan cuping mengesan bingitnya degar-degar anak bangsa telornya bermutasi kejap bahasa, kejap mandarin dan kejap lagi.... lidah mat saleh bukan main ligat lagi
di mana-mana orang minum kopi ratah burger kentang dan keju berkomat kamit nadanya tinggi persahabatan niari-esok-lusa yang sejahtera semakin tiada bersembang sana-sini sedang si tua terketar-ketar di rumah tumpangan pingin akan diskusi
berkemudi di sini amat terasa bersultan dan berhamba berputih mata yang tak punya kiri-kanannya berdinding kaca yang diingini punya orang lain
yang dipunyai berkontrak dan berlesen telefon, tv dan radio pengering saku tak bersen dulu pernah ke Lorong Buangkok mengutip siput dan lokan dulu pernah ke bekas kampung Cina menarik ubi kayu dan memetik pucuknya soal hakpunya bukan satu-satunya
berkemudi di sini amat terasa kehidupan yang merintih kesekitaran yang perih daya dan inisiatif terpandang dengan durja dengan cebik dan sepet lirik mata
di baghdad street berkerusi roda seorang saudara baru lepas usia belia berombak-ombak dadanya ia lari dari sesuatu gayanya tadi, di pintu pagar masjid negara ia disergah diugut 'kan dibawa pergi sedang ia cuba mengail rezeki kerana petang nanti di rumah sakit ia harus potong kaki
Karya CG Karmin Abbas
 | Erm..izzit about the past and Singapore? how the old generation lives and now the youngster nw? |
 | ni cg jadikan ceterpen bagus cg. boleh ditukar kepada bentuk visual. power punya. |
Comment deleted at the request of the author.
 | terpaksa "delete" sebab tak nampak word, "Street", huhu... Ingatkan "Baghdad"... jadi, macam puisi perbandingan gitu... |
 | terus membaca farhan. selami keindahan dan kedinamikan bahasa Melayu. |
 | saya dah bubuh ragi dan lipat dalam daun pisang. 'kan jadi tapailah ia nanti. bolehlah kita nikmati. |
 | alamak tak sempat baca dah. tentu masukan yang bestari. apa dah saya bukak lambat sikit. |
 | masa berlalu cepat cepat yang menghambat bertemasya kemajuan, berpesta pembangunan nikmat yang dibuat-buat riuh tapi sunyi ramai tapi menyendiri kerana jiwa tak terisi inilah Singapura ku...inilah realiti masih sebuah kampung nelayan di benua berperadaban tinggi |
 | terima kasih. saya menyambut desir fikir anda. |
 | salam,
mohon cuplik ke blog saya.
time kaceh. |
| |
|